Letupan Betong: Keadaan Rakyat Malaysia Tidak Membimbangkan

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

BETONG: Keadaan rakyat Malaysia yang tercedera dalam insiden letupan bom di sini semalam tidak membimbangkan namun memerlukan bantuan pernafasan.

Mangsa, yang dikenali sebagai Seoh Choo Pheng, 67, dari Kuala Pekan Baru, Baling, Kedah kini dirawat di Hospital Betong kerana terkena serpihan yang menyebabkan tulang rusuk keempatnya patah.

Seoh berkata doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang darah beku dalam tubuhnya.

Beliau ke Betong bersama tiga rakan atas urusan peribadi.

Seoh berkata beliau mahu dipindah ke Hospital Pulau Pinang memandangkan ramai sanak saudaranya di sana namun akan membincangkan perkara itu dengan anggota keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan muktamad.

Menurut pihak hospital, jika pesakit ingin berpindah hospital maka mereka perlu membuat permintaan dari Pejabat Konsulat Malaysia di Songkla bagi menghubungi ambulans dari Baling untuk mengambilnya di pintu masuk sempadan.

Insiden letupan bom di depan Hotel Holiday Hill di Betong petang semalam menyebabkan tiga maut dan 36 lagi cedera, termasuk Seoh.
Tags / Kata Kunci: Letupan Betong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan