Kadar Tol Baharu di CIQ Johor Baru

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 9:17 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan mengumumkan kadar baharu tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini berkuat kuasa 1 Ogos nanti.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir Ismail Md Salleh dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu melibatkan kenderaan Kelas 1 hingga Kelas 5 dari kedua-dua arah keluar dan masuk kompleks itu.

Kadar tol baharu arah masuk Malaysia, kenderaan kelas-kelas tersebut ialah masing-masing RM9.70; RM14.70; RM19.70, RM4.80 dan RM7.80 manakala kadar tol arah keluar pula adalah RM6.80; RM10.20; RM13.60; RM3.40 dan RM5.50.

"Kadar tol baharu di CIQ, BSI ini adalah bersesuaian dengan kemudahan dan perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna semasa melalui kompleks tersebut dari laluan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL)," katanya.

Menurut beliau, kutipan tol tersebut akan dibuat secara elektronik sepenuhnya bagi memastikan aliran trafik lancar.

Pengguna-pengguna yang tidak melalui CIQ itu tidak akan terkesan daripada kenaikan tol tersebut.

Kadar lama sejak Januari 2011 masing-masing adalah RM2.90; RM4.50, RM6.10, RM1.40 dan RM2.30.

Sementara itu, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kadar baharu itu hanya bersifat untuk mengawal jumlah kemasukan kenderaan sahaja.

"Apabila kita masuk ke Singapura pun, selain VEP kita juga kena bayar tol, masuk ke bandar pun kena lagi.

"Jadi penggunaan tol ini merupakan kaedah bagi mana-mana negara untuk mengawal penggunaan kenderaan yang semakin bertambah," katanya ketika diminta mengulas perkara itu selepas majlis penyerahan sumbangan sempena Aidilfitri di Pasir Gudang pada Sabtu.
Tags / Kata Kunci: CIQ

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan