Tapak Nahas Pesawat Adalah Selamat - Ketua Pemberontak Ukraine

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 7:57 AM

(Ubah saiz teks)

DONETSK: Kami berada di tingkat atas bangunan ibu pejabat pemberontak, apabila serangan bermula. Sekali, dua kali, dan berkali ganda lebih jauh dari jarak serangan yang sememangnya jauh.

Kami bergegas ke tingkap, mencari tanda-tanda pertempuran yang sedang berlaku di rantau ini.

Mungkin penduduk Ukraine telah menembak peluru meriam atau roket Grad mereka ke dalam sebuah lagi bahagian bandar.

Asap hitam berkepul dan dapat dilihat beberapa kilometer pada jarak yang jauh, tetapi ia adalah terlalu jauh untuk memastikan apakah yang menjadi sasaran tembakan.

Tidak lama kemudian, beberapa orang askar pemberontak berjalan masuk ke dalam bilik.

Ahli majlis keselamatan Republik Rakyat Donetsk (DPR) Sergei Kavtaradze,  berjalan masuk, memegang apa yang kelihatan seperti senapang AK74. Seorang pengawal bermuka masam juga dapat dilihat. 

"Maaf, maaf," katanya, meminta maaf kerana kelewatannya.

Saya, dan beberapa wartawan lain telah menunggu untuk bercakap dengannya, atau sesiapa sahaja yang dapat menjawab soalan-soalan kami.

Australia dan Belanda telah menggesa pasukan polis untuk memasuki lokasi kemalangan, dan jawapan-jawapan adalah diperlukan.

"Duduk, duduk," kata Kavtaradze, menunjuk kerusi-kerusi di meja persidangan dalam bilik yang sebelum itu telah digunakan oleh Perdana Menteri DPR Alexander Borodai untuk menyerahkan kotak hitam MH17 kepada Malaysia.

Dia meletakkan senapangnya di atas kerusi tidak jauh dari tempatnya duduk, sebelum duduk di meja dengan kami.

Dengan berhati-hati, dia membawa keluar sekotak rokok Dunhill Blues dengan label Rusia.

Dia menyalakan rokok dan turut menawarkannya kepada kami.

Walaupun dia kelihatan tergesa-gesa, dia kelihatan seolah-olah tenang dan selesa dengan media.

Lelaki berkaca mata itu tidak kelihatan seperti seorang yang mengetuai pasukan tentera, tetapi kita boleh memikirkan bahawa dia adalah orang yang penting di sebalik mana-mana operasi.

Kami memulakan dengan bertanya kepadanya tentang lokasi kemalangan, dan sejauh manakah ia selamat.

Sesiapa sahaja boleh pergi ke bangkai pesawat dan mencuri barang-barang kepunyaan mangsa memandangkan kad kredit yang ditemui di kawasan itu telah digunakan, dan orang yang membuat panggilan kepada telefon bimbit orang yang tersayang mereka hanya dapat mendengar suara-suara asing.
 
Dia menjawab dalam bahasa Rusia, sambil menggunakan pengetahuan cetek bahasa Inggeris yang dicampur adukkan menyebabkan kami sama-sama terpaksa memahami antara satu sama lain. 

"Kami mempunyai 'checkpoint' rahsia di bawah pokok," katanya.

"Kami mempunyai penembak tepat. Zon ini adalah selamat," katanya.

Kemudian kami bertanya kepadanya apa yang akan berlaku jika terdapat orang yang merompak lokasi kemalangan. Adakah penembak tepat akan melepaskan tembakan?

"Pekerja-pekerja lombong," kata Kavtaradze, sambil menambah jika pemberontak melihat kawasan itu diceroboh sesiapa, mereka akan memanggil orang yang bekerja di lombong arang batu berdekatan untuk menangkap mereka.

Sepanjang temu bual itu, dia sering bercakap tentang kerajaan Ukraine, dengan menyalahkan mereka yang menyebabkan siasatan terhadap pesawat terhempas telah goyah.

Ditanya mengenai satu pasukan polis antarabangsa yang sedang merancang untuk mengawasi tapak nahas, dia berkata masih tidak pernah mendengar berita itu yang dilaporkan beberapa jam lebih awal.

"Kita perlu membuat keputusan kepada soalan ini di peringkat komuniti dunia. Kita perlu bercakap dengan pakar-pakar dunia dan OSCE ."

Dia kelihatan seolah-olah terbuka dengan idea itu, walaupun berkata sesuatu boleh berlaku hanya jika Australia dan Belanda bercakap secara rasmi kepada pemberontak.

"Oleh kerana ia adalah wilayah Republik Rakyat Donetsk, jika kedua-dua pihak bersetuju ... mereka (perlu) mendapatkan kontrak daripada semua pihak," katanya.

Kami baru sahaja mahu bertanya tentang urusan dengan Malaysia apabila perbualan kami diganggu, 20 minit selepas itu.

Seorang pengawal berjalan masuk ke dalam, bercakap bahasa Rusia dalam keadaan tergesa-gesa.

"Saya perlu pergi," katanya, mengambil pistolnya dan menuju ke keluar.

"Borodai...Maaf, selamat tinggal," katanya, sambil berjalan keluar.

Tags / Kata Kunci: DPR , MH17 , Sergei Kavtaradze

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan