Cuaca Pagi Raya Diramal Baik - Jabatan Meteorologi

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cuaca di seluruh negara pada keseluruhannya diramalkan baik pada waktu pagi Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut Isnin ini.

Bagaimanapun, hujan diramalkan berlaku di beberapa tempat di kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak dan Kedah, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, Sabtu.

Pada sebelah petang hujan sementara dijangka berlaku di satu dua tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur serta Perak dan keadaan sama turut berlaku di Bintulu, Kapit, Miri dan Limbang di Sarawak.

Menurut kenyataan itu ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Sandakan, Sabah, manakala bahagian-bahagian lain di negeri itu diramalkan hujan sementara. 

Pada waktu malam pula beberapa kawasan di Pahang, Johor serta Miri dan Limbang di Sarawak selain Sandakan dan Tawau di Sabah dijangka mengalami hujan, manakala cuaca di negeri-negeri dan bahagian lain adalah baik.

Kenyataan itu juga menyebut semua bahagian di Sarawak dijangka meraikan hari kedua Aidilfitri dalam cuaca baik pada sebelah pagi kecuali beberapa kawasan pantai di Perak, Selangor, Kudat dan Pantai Barat Sabah serta Labuan dijangka hujan. 

Sementara itu, ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Perak, manakala Kedah, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan dijangka mengalami hujan sementara di beberapa kawasan.

Ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Bintulu, Kapit serta Limbang dan keadaan sama juga diramal berlaku di Sandakan dan Tawau di Sabah.

Pada waktu malam pula beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Johor selain Kapit dan Miri di Sarawak serta Sandakan dan Tawau di Sabah dijangka mengalami hujan.

Cuaca di negeri-negeri serta bahagian-bahagian lain adalah baik, menurut kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: Jabatan Meteorologi , pagi raya

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan