Bagai Telur Dihujung Tanduk - Penyiasat MH17

Diterbitkan: Sabtu, 26 Julai 2014 5:43 PM

Pegawai penyiasat yang menerima kotak hitam pesawat MH17, Mejar Muhammad Mustafa Omar (kanan) tiba dari Kiev, Ukraine selepas menjalankan tugas untuk pesawat MH17 yang terhempas 17 Julai lepas ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Ibarat telur di hujung tanduk! Itu pengalaman yang dirasai seorang daripada 12 anggota dalam pasukan elit yang terlibat membawa kotak hitam dan mayat mangsa MH17 dari Donetsk ke Kharkiv, Rabu lepas.

Rosli Shaari, 50, yang merupakan Pengurus Besar Sapura Secured Technologies berkata, perjalanan selama sembilan jam dari sempadan Donetsk ke Karkhiv itu merupakan perjalanan penting dan berisiko tinggi kerana mereka terpaksa melalui perjalanan dalam wilayah yang sedang bergolak.

"Ia perjalanan paling getir, bayangkan barang berharga iaitu kotak hitam MH17 ada bersama kami, ia bukti penting mengapa MH17 terhempas dan ia menjadi tanggungjawab kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebaik pasukan penyiasat khas MH17 ke Ukraine selamat tiba di tanah air pagi ini.

Katanya, puak pemisah hanya mengiringi pasukan mereka sehingga sempadan Donetsk dan selepas itu nasib dan nyawa mereka terletak pada kuasa kerajaan Ukraine.

"Ia wilayah bergolak, jam 3 pagi (waktu Ukraine), apa sahaja boleh berlaku, perjalanan melalui gunung-ganang, hutan dan cuaca amat gelap, saya hanya berserah dan hanya terbayang wajah anak dan isteri," katanya yang pernah terlibat dengan operasi bantuan taufan Haiyan Filipina.

Bagaimanapun beliau dan anggota pasukan yang diketuai Leftenan Kolonel Mohd Sakri Hussain lega apabila kotak hitam tersebut selamat dibawa dan kini berada dalam tangan pihak sepatutnya untuk disiasat.

Rosli juga merupakan satu-satunya orang awam yang terlibat dalam misi khas membawa kotak hitam tersebut ditugaskan sebagai pegawai komunikasi operasi khas tersebut.

Antara tugas beliau ialah memastikan komunikasi antara pasukan khas penyiasat MH17 ke Ukraine berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Sistem yang saya bawa dan digunakan ialah GIRN (Rangkaian Radio Bersepadu Kerajaan) yang juga diguna pakai oleh 16 agensi kerajaan di Malaysia dan digunakan di bilik operasi di Ukraine," katanya.

Mengulas layanan pihak pemisah semasa perbincangan penyerahan kotak hitam, Rosli berkata mereka memberi kerjasama yang amat baik.

"Walaupun bahasa menjadi penghalang namun dengan bantuan seorang jurubahasa dari puak pemisah yang menterjemah bahasa Rusia ke bahasa Inggeris ia berjalan lancar," katanya.

Sebanyak 65 daripada 116 anggota pasukan khas penyiasat tragedi MH17 ke Ukraine telah selamat tiba dari Amsterdam ke KLIA pada 10.52 pagi tadi.

Pasukan tersebut berlepas ke sana 18 Julai setelah pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dipercayai ditembak jatuh terhempas di wilayah Donetsk 17 Julai.

Penerbangan tersebut membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan