TNB Ceriakan Keluarga Mohd Yatim Dengan Rumah Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:00 AM

Abdul Rahman (kiri) merasmikan rumah baharu Mohd Yatim (dua dari kiri) sekeluarga yang dibina TNB.

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menceriakan keluarga nelayan Mohd Yatim Tujihan apabila rumah baharunya siap dibina di bawah program tanggungjawab korporat TNB, Projek Baiti Jannati.

Majlis penyerahan rumah itu disempurnakan oleh anggota Dewan Undangan Negeri Linggi Abdul Rahman Mohd Redza, petang Khamis.

Selepas majlis penyerahan rumah itu, tetamu jemputan serta penduduk tempatan kemudian ke Masjid Jamek Pasir Panjang untuk majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada orang anak yatim dan ibu tunggal serta majlis berbuka puasa.

Projek Baiti Jannati itu bagi menggantikan rumah lama Mohd Yatim, 62, yang usang dan tidak lagi selamat untuk didiami di Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang dekat sini.

Rumah baharu itu mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur dengan dilengkapi perabot baharu dan barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri.

Mohd Yatim ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana dipilih untuk projek itu.

"Saya dan keluarga sangat bersyukur dan berterima kasih kepada TNB kerana membina semula rumah saya yang telah uzur. Ini adalah pemberian yang tidak ternilai memandangkan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, pada tahun ini, TNB memperuntukkan RM2.05 juta untuk melaksanakan Projek Baiti Jannati iaitu dengan membaiki 41 buah rumah penerima yang layak di seluruh semenanjung.

Katanya, bagi Negeri Sembilan, sebanyak tiga buah rumah telah berjaya dibaiki manakala sebuah lagi akan dibaiki pada tahun ini melibatkan kos melebihi RM200,000.

Projek Baiti Jannati merupakan salah satu program tanggungjawab korporat TNB bagi menzahirkan saranan kerajaan supaya Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti TNB membantu kerajaan untuk membaiki rumah kediaman golongan sasaran yang memerlukan, antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di luar bandar.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Kanan TNB (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi), Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dan Pengurus Besar TNB Negeri Sembilan Kamal Arifin A. Rahman.

Tags / Kata Kunci: TNB , Baiti Jannati

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan