Raja Muda Perlis Mohon Kerajaan Pusat Bina Lapangan Terbang Di Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 4:06 PM

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

(Ubah saiz teks)

PADANG BESAR: Kerajaan pusat diminta mempertimbangkan pembinaan sebuah lapangan terbang di Perlis kerana ia bakal menjadi daya penarik dan memberi impak positif untuk menarik pelaburan asing.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Lembah Chuping di sini adalah lokasi yang sesuai kerana bersempadan dengan Thailand.

"Kita meminta lapangan terbang ini bukan kerana Perlis belum memilikinya tetapi kerana faktor geografi dan ekonomi," titah baginda pada majlis penyerahan kuih raya kepada anggota agensi pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan Malaysia/Thailand di sini pada Aidilfitri ini.

Berangkat pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan isteri Datin Seri Nor Aswana Omar dan anggota Exco kerajaan negeri.

Menurut baginda, projek lapangan terbang itu boleh dilaksanakan berkonsep "Sharing Airport" bersama-sama Thailand baik dari segi penggunaan tanah, kos pembinaan, pendapatan, penggunaan terminal dan landasan.

Baginda menambah konsep ini dipraktikkan oleh Switzerland dan Perancis sejak berdekad lamanya iaitu di Cointrin, Geneva (GVA) dan antara Switzerland, Perancis dan Jerman di Euro Airport Basel (BSL) Mulhouse Freiburg walaupun tapaknya berada di kawasan Saint-Louis Perancis.

"Jika kerajaan pusat boleh menimbang membina sebuah lapangan terbang baharu di Kulim (Kedah) atau menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang, tiada salah untuk membina satu di Perlis," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pembinaan lapangan terbang di Padang Besar bakal memberi kesan terhadap pembangunan Kuala Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan selatan Thailand.

Baginda menambah landasan kereta api elektrik dari Padang Besar ke Johor Baharu yang dijangka beroperasi tidak lama lagi di samping Pelabuhan Darat tercanggih dirancang dibina di Padang Besar oleh kerajaan negeri akan menggalakkan aktiviti import dan eksport di kawasan terbabit.

Azlan semasa ditemui pemberita berkata kerajaan negeri turut menyenaraikan cadangan pembinaan "Lapangan Terbang Kecil" atau "Air Strip" di Padang Besar sebagai antara projek dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk dipertimbang dan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

"Kita mempunyai kawasan yang sesuai di Lembah Chuping untuk dijadikan Air Strip namun jika kerajaan pusat merasakan lapangan terbang lebih sesuai kita menerimanya dengan hati terbuka," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan