MH17: Pasukan Penyiasat Malaysia Tinggalkan Lokasi Nahas

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 11:33 AM

Pasukan penyiasat Malaysian bersama anggota OSCE melakukan pemeriksaan di lokasi nahas MH17.

(Ubah saiz teks)

DONETSK: Tiga anggota pasukan penyiasat Malaysia berhubung tragedi MH17 meninggalkan lokasi nahas selepas tiga hari melakukan pemeriksaan di sini.

Jurucakap Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), Michael Bociurkiw berkata, pasukan itu yang tiba pada Selasa lalu meninggalkan lokasi pada petang Khamis.

"Saya percaya pasukan Malaysia sudah selesai jalankan tugas mereka buat masa sekarang dan mereka akan kembali ke Kiev," katanya kepada pemberita di sini.

Apabila ditanya sama ada pihak berkuasa Malaysia akan menghantar lebih penyiasat, Bociurkiw berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun berkata, pasukan tiga rakyat Malaysia "amat gembira" dengan kawalan keselamatan ketika mereka berada di lokasi nahas.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan