Kawal Lokasi Nahas MH17 Elak Bukti Dicemari Dalam Proses Pengadilan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 4:56 PM

Abdul Aziz Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) perlu mengawal ketat lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine, agar bahan bukti di kawasan terbabit tidak dicemari bagi digunakan sebagai keterangan bukti di mahkamah kelak.

Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata sekiranya kes itu dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ia boleh menolak bahan bukti yang tercemar atau "diusik" sekali gus menjejaskan proses perbicaraan dan penyelesaian tragedi itu.

"Ikut undang-undang dan aturan PBB, selain perlu ambil bahagian dalam siasatan kes ini, PBB juga bertanggungjawab memastikan kawasan itu selamat supaya bahan bukti boleh diterima sebagai keterangan sahih di mahkamah," kata Abdul Aziz, yang merupakan bekas penasihat undang-undang Persekutuan.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program BernamaTV, Bernama Today di sini, Jumaat.

Selain bahan bukti di lokasi kejadian, Abdul Aziz yang juga bekas Pengerusi Majlis Institut Pengangkutan Berkanun Antarabangsa berkata, kotak hitam pesawat itu juga berperanan untuk menentukan punca nahas tersebut, termasuk menjawab persoalan pihak mana yang menembak pesawat itu.

Penerbangan Boeing 777-200 MAS yang membawa 298 penumpang termasuk 43 warga Malaysia sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine, pada 17 Julai lepas.

Sehingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Siasatan insiden itu dilakukan oleh kumpulan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.

Sementara itu, Abdul Aziz yakin kapten dan juruterbang pesawat malang berkenaan mengikut rancangan penerbangan yang telah diluluskan oleh badan keselamatan penerbangan dunia, Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabanga (ICAO).

"Sudah tentu sebelum berlepas, mereka telah ada flight plan dan mengambil kira semua aspek, termasuk sebarang nasihat berkaitan laluan berisiko kerana keselamatan menjadi keutamaan.

Mengulas lanjut mengenai usaha pemulihan syarikat penerbangan negara itu, Abdul Aziz yang menyertai MAS sejak 1971 hingga menjawat jawatan Pengarah Urusannya pada 1988 berkata MAS perlu meneruskan operasinya seperti biasa walaupun terkesan dengan insiden MH17.

"Kita perlu mengembalikan keyakinan bahawa MAS adalah sebuah badan yang cekap dan akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.

"Bukan membuat perubahan dengan memulangkan bayaran balik tiket penumpang ekoran 'kehilangan' MH17," kata Abdul Aziz berhubung kenyataan MAS yang akan membayar balik kepada penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan penerbangan mereka.

Sabtu lepas, MAS berkata ia akan mengenepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH.

Berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguh atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapat perjalanan balik.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , PBB

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan