JPAM Lancar Ops Bantu IX Bantu Pengguna Jalan Raya Sempena Aidilfitri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 12:30 AM

Mohd Zubir menyampaikan bingkisan Aidilfitri kepada orang ramai yang menunggu bas ekspress perjalanan ke utara semenanjung di Hentian bas jalan Duta di sini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Wilayah Persekutuan  melancarkan Ops Bantu IX bagi mambantu orang ramai yang mengalami kesukaran dan kemalangan semasa perjalanan balik ke kampung sempena Aidilfitri.

Pengarah JPAM Wilayah Persekutuan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Zubir Mohd Juzad berkata, operasi sembilan hari itu bertujuan menawarkan perkhidmatan bantuan kepada pengguna jalan raya di jalan bandaran, negeri dan persekutuan.

"Fasa pertama bermula hari ini hingga 27 Julai, manakala fasa kedua 30 Julai dan berakhir 3 Ogos depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis itu di Hentian Duta di sini, malam Khamis.

Mohd Zubir berkata, antara khidmat kemanusiaan dalam operasi itu ialah pihaknya memberi bantuan kepada mangsa kemalangan dan mengawal lalu lintas.

Beliau berkata, Ops Bantu IX turut dilaksanakan di semua 14 Pejabat Negeri Pertahanan Awam (PNPA), 84 pejabat daerah Pertahanan Awam dengan lebih 86 laluan persekutan dan jalan raya negeri yang dikenal pasti kawasan tiada bantuan daripada mana-mana agensi.


Tags / Kata Kunci: JPAM , Ops Bantu

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan