Masalah Pengeluaran I-Kad Jejas Operasi Syarikat - MEF

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:30 AM

Shamsuddin Bardan

Shamsuddin Bardan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Masalah pengeluaran Kad Akuan Diri Pekerja Asing (i-Kad) untuk pekerja asing akan menjejaskan operasi syarikat di negara ini, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF). 

Pengarah Eksekutif MEF, Datuk Shamsuddin Bardan berkata, ia berikutan peraturan itu diwajibkan kepada 2.3 juta pekerja asing yang mempunyai permit selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Katanya, masalah pengeluaran i-Kad akan menyebabkan sebahagian pekerja asing pasti tidak akan mempunyai kad berkenaan sebelum ‘tempoh’ itu berakhir.

“Kementerian Dalam Negeri sudah pasti akan menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana pekerja asing yang tidak memiliki i-Kad.

“Pekerja asing yang gagal menunjukkan i-kad pasti akan dikenakan tindakan, sekali gus memberi kesan kepada operasi kebanyakan syarikat yang menggaji pekerja itu,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Sebelum ini, portal berita ini melaporkan mengenai prestasi pengeluaran i-Kad yang perlahan dan memungkinkan sasaran 2.3 juta kad menjelang akhir tahun ini tidak dapat dicapai.

Pengenalan i-Kad merupakan usaha kerajaan untuk membanteras masalah pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) merupakan syarikat yang dilantik membekalkan kad berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa penggunaan i-Kad diwajibkan selewat-lewatnya akhir tahun ini dan tidak akan berkompromi sekiranya pekerja asing tidak mempunyai kad berkenaan.

Shamsuddin berkata, pekerja asing merupakan sebahagian besar tenaga kerja di kebanyakan syarikat terutama di sektor perkhidmatan dan tindakan terhadap mereka boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita tidak membantah penguatkuasaan i-Kad, tetapi pelaksanaannya seharusnya relevan. Jika mahu mewajibkan pekerja asing memiliki kad itu, sebaiknya ia dikuatkuasa secara berperingkat,” katanya sambil menambah, pihak majikan juga mengadu kerana terpaksa membayar RM110 untuk setiap i-Kad.

Beliau berpendapat, pihak berkuasa sepatutnya menumpukan operasi membanteras Pati dan bukannya pekerja asing yang sudah mempunyai permit di negara ini.

Dari aspek penguatkuasaan penggunaan i-Kad, katanya, peringkat awal sepatutnya ditumpukan kepada pekerja asing yang baharu atau majikan yang mahu memperbaharui permit pekerja mereka.

"Jika sasaran 2.3 juta i-Kad tidak dapat dicapai, diharap tempoh kuat kuasa dilanjutkan sehingga tahun depan sehingga masalah pengeluaran kad itu diatasi,” katanya sambil menambah MEF dianggotai 5,000 syarikat membabitkan 2.1 juta pekerja di negara ini, termasuk pekerja asing.

Tags / Kata Kunci: i-Kad , MEF , Shamsuddin Bardan

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan