MH17: Peguam Negara, Tiga pegawai JSJ Ke Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 6:36 PM

Penduduk Belanda yang berkabung berikutan tragedi MH17 memberi penghormatan kepada mangsa nahas pesawat itu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan tiga pegawai Jabatan Siasatan Jenayah akan berlepas ke Belanda bagi membantu tugas  berkaitan nahas pesawat MH17.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini 21 anggota penyiasat sudah berada di Belanda dan Kiev di Ukraine untuk tujuan sama.

“Tiga anggota yang akan berangkat esok bersama Tan Sri Abdul Gani Patail bagi membuat rundingan mengenai perkara yang berkaitan aspek perundangan,” jelas Khalid mengenai perkembangan penglibatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Belanda dan Kiev, Ukraine.

Dalam kejadian 17 Julai lalu, pesawat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine hingga mengakibatkan 298 nyawa terkorban, termasuk 43 rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Khalid turut memaklumkan pihaknya akan terus memantau perairan pantai timur Sabah yang diisytiharkan perintah berkurung sehingga 2 Ogos ini.

“Tempoh kita akan tamat pada 3 Ogos ini dan saya sedang meneliti keadaan di sana. Jika keadaan memerlukan kita akan teruskan arahan itu," katanya.

Perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa pada jarak tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika.

Arahan bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi itu meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.

Tags / Kata Kunci: Tan Sri Abdul Gani Patail , Belanda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan