Diskaun 20 Peratus Bagi Kadar Tol Di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 5:36 PM

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), pemilik konsesi Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) menawarkan potongan kadar tol sebanyak 20 peratus bagi semua kelas kenderaan bermula 12 tengah malam pada 27 Julai hingga 11.59 malam pada 28 Julai.

Pengarah Urusan JKSB, Datuk Dr Ismail Mohamed Taib berkata potongan itu adalah untuk pengguna yang menggunakan JSAHMS menuju sebelah pulau Pulau Pinang.

Potongan diberikan sempena sambutan Aidilfitri dan bagi menghargai pengguna jambatan.

"Bagi mereka yang memasuki jambatan menerusi Plaza Tol Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam di Batu Kawan dan di Plaza A Plaza Tol Bersepadu Jambatan Sultan Abdul Halim di Bandar Cassia, boleh turut menikmati potongan tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata walaupun kenderaan berat tidak dibenar menggunakan lebuh raya pada 26 dan 27 Julai serta 2 dan 3 Ogos, mereka masih boleh menikmati kadar potongan pada 28 Julai.

Purata 12,000 hingga 13,000 kenderaaan menggunakan JSAHMS untuk berulang alik ke pulau selepas ia mula memungut tol pada 1 April.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan