Syarikat Perniagaan Diwajib Daftar GST Sebelum 31 Disember - KP Kastam

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia meminta syarikat perniagaan dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan supaya membuat pendaftaran wajib untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum 31 Disember ini bagi mengelak dikenakan tindakan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mengikut statistik, hampir 300,000 pendaftar berpotensi yang sepatutnya berdaftar untuk GST, hanya namun hanya 6,031 berdaftar sejak ia dibuka 19 Jun lepas, sehingga Khamis.

Katanya, pendaftaran GST wajib bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan telah mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000.

"Kita akan menghantar tiga kali surat peringatan kepada pihak berkenaan supaya mendaftar, selain membuat iklan di akhbar.

"Syarikat perniagaan atau orang perseorangan, yang tertakluk kepada pendaftaran wajib, tetapi mengemukakan permohonan pendaftaran selepas 31 Disember 2014, melakukan kesalahan mengikut Seksyen 96 Akta GST 2014," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, syarikat perniagaan atau orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Katanya, Jabatan Kastam juga akan mengadakan program 'Hand Holding' atau penerangan terperinci mengenai GST secara percuma kepada syarikat atau orang perseorangan yang telah berdaftar.

"Program ini akan bermula Oktober, dan diharapkan pihak berkaitan mendaftar bagi mendengar penerangan yang jelas mengenai GST," katanya.

Selain itu, mereka juga layak memohon e-baucar GST bernilai RM1,000 daripada SME Corp yang boleh digunakan untuk membeli atau menarik taraf perisian perakaunan.

GST yang dikenakan pada enam peratus, akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus, mulai 1 April 2015.


Tags / Kata Kunci: GST , Datuk Seri Khazali Ahmad

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan