Aliran Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Mula Perlahan - Berita Semasa | mStar

Aliran Trafik Di Lebuhraya Utara-Selatan Mula Perlahan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 5:16 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara menuju utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mula dilaporkan sesak di beberapa kawasan setakat pukul 4 petang.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi laluan ke pantai timur, trafik agak perlahan dari Tol Gombak terutama dari Km 52 hingga Km 55 iaitu dari Lentang ke Bentong dan dari Karak ke Plaza Tol Jabur.

"Bagi laluan ke utara, trafik perlahan dari Slim River menghala Sungkai dan dari Gua Tempurung menuju Sungai Petani.

"Bagi Lembah Klang, kesesakan trafik dilaporkan perlahan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), dari Shah Alam ke Bukit Lanjan. Pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

"Manakala bagi laluan ke selatan, kesesakan mula meningkat dari Nilai ke Seremban di Km 269.2 kerana terdapat kemalangan yang melibatkan dua buah kereta," katanya.

Jurucakap itu berkata di sekitar Lembah Klang, aliran trafik mulai perlahan terutama di Bandar Sunway menuju Damansara Utama, Penchala ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Puchong Jaya ke Bandar Sunway dan Lebuhraya Elite bermula dari Putrajaya menuju USJ.

Sementara itu Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata keadaan trafik masih lancar di kedua-dua arah Shah Alam ke Subang dan laluan utara ke selatan.

"Cuma keadaan trafik agak perlahan di Km 109 dari Sungai Petani menghala Bertam disebabkan berlaku kemalangan," katanya.
Tags / Kata Kunci: lebuhraya Utara-Selatan , LLM , aliran trafik
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan