Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TPM Ditangguh

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 6:37 PM

Muhyiddin turut menangguhkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya bagi menghormati mangsa tragedi MH17.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan pada 29 Julai ini di Kompleks Sri Pekembar di Pagoh, Johor, ditangguh ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia bagi menghormati mangsa dan keluarga serta rakan-rakan penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Menurut kenyataan itu, penangguhan tersebut dibuat selaras dengan keputusan Kabinet yang membatalkan Majlis Rumah Terbuka Anggota Jemaah Menteri sempena Hari Raya Aidilfitri 2014 yang dijadual berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di Wilayah Donetsk.

Ia mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warga Malaysia. 


Tags / Kata Kunci: MAS , MH17 , Timbalan Perdana Menteri

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan