Najib Yakin Indonesia Terus Maju Di Bawah Kepimpinan Jokowi

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan bahawa Indonesia akan terus maju dan makmur di bawah kepimpinan Joko Widowo dan gandingannya Jusuf Kalla.

Najib dalam satu kenyataan pada Khamis turut mengucapkan tahniah kepada gandingan itu atas kemenangan mereka dalam pilihan raya Presiden yang diadakan pada 9 Julai lepas.

"Dengan keakraban serta kerjasama erat yang sedia terjalin antara kedua-dua negara, saya yakin hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuhkan lagi demi kesejahteraan dan kemakmuran negara dan rakyat kita bersama," katanya.

Jokowi, gabenor Jakarta dan gandingannya Jusuf Kalla menang pilihan raya Presiden apabila memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada sejumlah 133,567,276 undi.

Calon lawannya Prabowo Subianto dan gandingannya Hatta Rajasa hanya memperoleh 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.




iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan