Najib Hargai Ingatan Sempena Hari Lahir, Tersentuh Dengan Kata-Kata Semangat

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 7:13 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memotong kek sempena ulangtahun kelahirannya ke-61 sambil diperhatikan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ketika menganjurkan majlis berbuka puasa bersama pemimpin sayap UMNO di perkarangan kediaman rasmi di Seri Perdana di Putrajaya. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih atas ingatan pelbagai pihak yang menyampaikan ucapan selamat hari lahir bersempena ulang tahun ke-61 beliau, semalam.
 
"Terima kasih untuk semua ucapan hari jadi. Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada anda semua tatkala kita sedang bersedih.
 
"Semoga Allah merahmati Malaysia," katanya dalam entri Twitter terbaharu beliau.

Ungkapan 'tatkala kita sedang bersedih" itu pastinya merujuk kepada tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis malam lepas.

Pesawat jenis Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dipercayai ditembak jatuh, dan mengorbankan 298 orang termasuk 15 kru.

Kerajaan Malaysia dan MAS kini menumpukan kepada semua sumber yang ada dalam usaha mendapatkan mayat mangsa nahas MH17. 

Usaha itu membuahkan hasil apabila Perdana Menteri berjaya mencapai persetujuan dengan Ketua Pemisah pro-Rusia di kawasan itu, Alexander Borodai, pada Isnin lepas.

Tags / Kata Kunci: hari lahir , Najib Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan