Krisis MB Selangor: BN Mahu Khalid Kekal Jawatan

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 4:51 PM

Shamsudin Lias

Shamsudin Lias.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seharusnya meneruskan kepimpinannya biarpun negeri itu kini dilanda krisis jawatan itu, kata Ketua Pembangkang Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Shamsudin Lias.

"Rakyat sudah pun menerima Khalid (sebagai Menteri Besar) dan beliau perlu meneruskan kepimpinannya demi pembangunan negeri.

"Kekecohan yang berlaku menunjukkan ramai pihak di dalam PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang berminat mengejar kuasa," katanya kepada The Star Online pada Khamis.

Shamsudin mengulas mengenai kenyataan Khalid sebelum ini yang menyifatkan ini mungkin merupakan penggal terakhir beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ketika beliau dilantik memegang jawatan itu, beliau dipuji menggunung tetapi tidak sampai setahun pun, mereka sudah mahu menggantikan beliau.

"Apapun, kita akan meneruskan tugas kita sebagai pembangkang," katanya.

PKR pada minggu ini secara rasmi mengumumkan akan mencalonkan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar.

"Beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri, sebab itu beliau melatih pihaknya untuk memegang jawatan Menteri Besar. Tetapi sekarang tidak mungkin, jadi beliau mahu isterinya mengambil alih jawatan itu. Ini semua nepotisme," kata Shamsudin yang merujuk kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sekiranya terdapat undi tidak percaya bagi menentang Khalid, Shamsudin berkata, "kita hanya menunggu dan lihat sekiranya perkara itu berlaku."

Pada awalnya, Anwar merancang untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor daripada Khalid menerusi pilihan raya kecil (PRK) Kajang. 

Bagaimanapun, rancangan itu terhalang selepas Mahkamah Rayuan pada Mac lalu memutuskan Anwar didapati bersalah di dalam kes meliwat bekas pembantu peribadinya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Dr Wan Azizah menggantikan Anwar sebagai calon PKR pada PRK Kajang pada Mac lalu dan memenangi kerusi itu.

Khalid dikatakan menerima tekanan supaya mengosongkan kerusinya sejak beberapa bulan lepas tetapi beliau masih mempertahankan jawatan itu.

Menurut Khalid, beliau akan terus menjalankan jawatannya itu sehingga beliau secara rasmi disingkirkan mengikut enakmen dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, khususnya mengenai tatacara pelantikan atau penggantian Menteri Besar.

Dalam pada itu, PAS membantah terhadap sebarang keputusan untuk menggantikan Khalid.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan