MH17: Rumah Terbuka Aidilfitri Anggota Kabinet Dibatalkan

Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 6:28 PM

Kemeriahan suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Kabinet tahun lalu tidak akan berulang bagi menghormati tragedi pesawat MH17.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Rumah Terbuka Jemaah Menteri sempena Aidilfitri minggu depan dibatalkan bagi menghormati mangsa nahas pesawat MH17, termasuk 43 rakyat Malaysia, 17 Julai lalu.

Mengikut jadual, majlis pada 1 Syawal itu sepatutnya berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, Kabinet bersetuju dengan keputusan itu dalam mesyuarat yang diadakan Khamis.

Kabinet juga bersetuju membatalkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia 2014 anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang dijadual diadakan di Rembau, Negeri Sembilan.

"Walaupun negara masih bersedih di atas tragedi ini, umat Islam masih disyariatkan untuk meraikan Aidilfitri setelah sebulan mengerjakan ibadat berpuasa di bulan Ramadan dengan sempurna dan kembali ke jalan fitrah Ilahi.

"Wajarlah rakyat berbilang kaum meneruskan tradisi ziarah-menziarahi demi mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama kita," menurut kenyataan itu.

Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang membawa 298 penumpang terhempas dipercayai ditembak di Wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Khamis lepas.

Sehubungan itu, majlis sambutan Aidilfitri tahun ini masih boleh diadakan tetapi dengan kesederhanaan dan penuh tertib, termasuk majlis sambutan oleh Jemaah Menteri, anggota Parlimen serta Dewan Undangan Negeri bersama rakyat di kawasan masing-masing.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Jemaah Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada pagi 1 Syawal, sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara.

Selain itu, sambutan di peringkat kementerian juga boleh diadakan untuk mengeratkan silaturahim warga kerja masing-masing tanpa melibatkan jemputan luar.

Tags / Kata Kunci: Rumah Terbuka Anggota Kabinet , batal

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan