BNYV Harap Sumbangan Baju Melayu

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 12:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ekoran sambutan menggalakkan terhadap Program Amal Baju Raya 2014, Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) masih mengalu-alukan sumbangan berbentuk pakaian terutamanya baju Melayu daripada orang ramai.

Penyelarasnya, Rabiatul Athirah, 21, berkata program tersebut bertujuan membantu golongan kurang berkemampuan sekali gus menceriakan mereka sempena menyambut Syawal tidak lama lagi.

"Sejak program ini dilancarkan bulan lalu, kami tidak putus-putus menerima panggilan daripada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan pakaian.




"Sambutan terlalu menggalakkan sehingga kami tidak menang tangan untuk mengambilnya. Sekarangpun, kami masih dalam proses mengasingkan baju yang elok dan sesuai digunakan semasa Hari Raya sebelum diserahkan kepada penghuni di rumah kebajikan terpilih," katanya kepada mStar Oline.

Rabiatul yang juga penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebanyak 60 hingga 70 peratus sumbangan pakaian yang diterima adalah baju raya manakala selebihnya, kemeja-T dan pakaian formal untuk ke pejabat.

"Daripada jumlah itu, kami paling banyak terima baju kurung dan kekurangan baju Melayu. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan baju Melayu kerana kebanyakan penghuni di rumah kebajikan terdiri daripada golongan lelaki," katanya.


Menurut Rabiatul, mereka yang ingin menyampaikan sumbangan baju raya masih boleh berbuat demikian sehingga hujung minggu ini.

"Setakat ini, kami sudah mengagihkan kira-kira 400 hingga 700 baju raya kepada Rumah Kebajikan Seri Kenangan, Cheras, Kuala Lumpur. Kami juga dalam proses untuk berhubung dengan beberapa rumah kebajikan di sekitar Hulu Selangor dan Nilai memandangkan rumah kebajikan di Lembah Klang tidak lagi menerima sumbangan pakaian kerana sudah terlalu banyak," katanya.

Malah, Rabiatul berkata, anggota BNYV Kuala Lumpur turut turun padang bersama Soup Kitchen untuk menghulurkan pakaian terpakai kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur.

"Memandangkan kami juga menerima sumbangan kemeja-T, kerana enggan membuangnya begitu sahaja, jadi kami serahkan kepada golongan gelandangan," katanya.


Untuk melancarkan proses pengagihan baju-baju tersebut,  Rabiatul turut menjemput sukarelawan yang hendak membantu proses melipat dan mengagihkan sumbangan yang diterima di sekitar Lembah Klang.

"Kami masih dalam proses melipat baju-baju tersebut sebelum diserahkan kepada rumah kebajikan kerana jumlah yang diterima terlalu banyak," katanya.

Jelas beliau, sebarang maklumat terkini mengenai program itu boleh diikuti di laman Facebook www.facebook.com/bajurayakita atau di akaun Twitter @BNYVMY.

Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan boleh menghubungi Rabiatul di talian 019-2939308 atau Fariz 017-3283667.

Program tersebut yang dikendalikan oleh BNYV iaitu pertubuhan sukarelawan anak muda dibawah Barisan Nasional (BN) turut digerakkan di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Johor.

Tags / Kata Kunci: program amal baju raya

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan