MB Selangor: PR Setuju Tukar, Umum Selepas Aidilfitri

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:12 PM

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara bersetuju menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menukar Menteri Besar Selangor dengan mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu menerima cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membuat pertukaran Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, PAS dan DAP masih belum mengumumkan pendirian mereka terhadap pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua sekutu PKR itu akan membincangkan perkara ini ke mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dalam masa terdekat sebelum mengumumkan pendirian mengenainya selepas Aidilfitri.

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat  menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Wan Azizah.

"DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada PKR," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen pada Rabu.

Ketika ini, jawatan Menteri Besar Selangor masih disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilantik sejak 2008.

‪Anwar berkata, perbincangan antara kepimpinan parti dan Abdul Khalid masih diteruskan memandangkan beliau dilaporkan tidak mahu berundur daripada jawatan itu.

‪"Perbincangan dengan Khalid sedang giat dilakukan. Kita akan selesaikan perkara ini secara baik," katanya.‬

‪Ketika ditanya mengapa PKR tidak mencalonkan Azmin Ali, Anwar menegaskan pencalonan isterinya itu dicapai melalui konsensus semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat PKR malam Isnin lalu.‬

‪"Ramai lagi calon yang lebih layak untuk gantikan jawatan MB termasuk Azmin juga layak. Namun ini adalah keputusan yang dibuat secara konsensus," katanya.‬

‪Anwar turut menjelaskan, beliau tidak akan meneruskan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Dr Wan Azizah dimuktamadkan sebagai Menteri Besar yang baharu.‬

"Saya tidak fikir saya akan berperanan sekiranya Azizah menjadi menteri besar," katanya.

‪Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Sementara itu, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata PAS akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan calon bagi menggantikan Abdul Khalid.
 
"Kami akan bermesyuarat secepat mungkin dan keputusan akan kami umumkan selepas Hari Raya," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan