MH17: Peguam Negara Kaji Tindakan Undang-Undang - Najib

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 12:22 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat pada Rabu. Turut sama Timbalan Perdana Menteri TAn Sri Muhyiddin Yassin. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, Malaysia sedang mengkaji tindakan undang-undang berhubung tragedi tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Peguam Negara diarahkan meniliti kes tersebut bagi membolehkan Malaysia mengambil langkah sewajarnya selaras dengan undang-undang antarabangsa.

"Tindakan menembak jatuh pesawat ini bukan sahaja perbuatan yang sangat zalim, malah bertentangan serta melanggar prinsip seperti yang ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa dan diktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Resolusi 1067 (1996).

"Dalam hal ini, PBB telah sebulat suara menerima pakai resolusi bagi mendesak puak pemisah memberi akses tanpa halangan ke tempat kejadian di mana pesawat MH17 terhempas di Ukraine," katanya di sini, Rabu.

Najib berkata demikian ketika membentangkan usul pada persidangan khas Dewan Rakyat bagi mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Selain itu menerusi usul tersebut juga, Malaysia menggesa Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa  (ICAO) selaku penjaga keselamatan penerbangan awam sedunia supaya mengeluarkan resolusi yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas MH17.

"Resolusi ini perlu sebagaimana yang dibuat terdahulu dalam kes penembakan pesawat udara yang lain.

"Tambahan pula, perbuatan menembak jatuh pesawat komersial MH17 ini, suatu tindakan sangat kejam dan merupakan jenayah yang sangat kejam dan sangat ganas," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan