Joko Widodo Menang Pilihan Raya Presiden Indonesia

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 9:30 AM

Jokowi dan Jusuf Kalla memenangi Pilihan Raya Presiden Indonesia.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Calon presiden, Joko Widodo atau Jokowi dan regunya, Jusuf Kalla 'JK' memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada Selasa malam, lapor Antaranews.com.

Jokowi-JK memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada keseluruhan 133,567,276 undi sah.

Lawan mereka Prabowo Subianto dan regunya Hatta Rajasa menerima 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Menurut Antara, KPU menerima mandat perlembagaan untuk secara rasmi mengumumkan keputusan pilihan raya pada Selasa.

Presiden dan naib presiden, Joko Widodo dan Jusuf Kalla akan bertugas secara rasmi pada 24 Oktober untuk selama lima tahun.

Jokowi merupakan Gabenor Jakarta dan kader Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) dan JK merupakan bekas naib presiden, ahli perniagaan dan ahli politik kanan Parti Golkar, lapor Antara.

Jusuf Kalla merupakan bekas naib presiden bagi temnpoh 2004-2009 dan masih memegang pengerusi Palang Merah Indonesia dan Majlis Masjid Indonesia.

Tags / Kata Kunci: Jokowi , Jusuff Kala

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan