Ketua Polis Daerah Di Esszone Digesa Cari Inisiatif Baharu Banteras Pati

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 4:39 PM

Jalaluddin Abdul Rahman

Jalaluddin Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman menggesa semua ketua polis daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) mempertingkatkan usaha serta mencari pelbagai inisiatif baharu untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya juga telah memberi arahan supaya semua ketua polis di 10 daerah berkenaan melakukan beberapa langkah drastik agar usaha itu dapat dilaksanakan dengan baik.

"Saya telah meminta agar mereka (ketua polis daerah) mengenal pasti di mana pangkalan haram yang selalu digunakan pendatang asing serta kerap melakukan pemantauan di kawasan perumahan atas air bagi memastikan tiada pendatang asing yang berselindung atau menetap di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama Nelayan, Persatuan Nelayan, Penternak Ikan Sangkar dan Industri Bela Ikan daerah Tawau di sini, Rabu.

Katanya, beliau juga minta semua anggota polis di kawasan ESSZone menjalin hubungan baik dengan masyarakat setempat agar mereka dapat membantu menjadi mata dan telinga pihak polis.

"Oleh itu saya juga berharap masyarakat yang tinggal di kawasan ESSZone dapat membantu menyalurkan maklumat kepada pihak keselamatan sekiranya melihat atau mendapat maklumat mengenai pendatang asing di tempat mereka," katanya.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata ia bertujuan untuk memberi taklimat keselamatan kepada semua nelayan, persatuan nelayan, penternak ikan dalam sangkar ikan dan industeri bela ikan daerah Tawau mengenai perintah berkurung yang diumumkan Sabtu lepas.

"Taklimat ini penting bagi memberi penjelasan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa arahan perintah berkurung. Mereka perlu mengetahui bahawa keputusan mengeluarkan arahan perintah berkurung itu bukan suka-suka tetapi demi memastikan keselamatan negara khususnya di Sabah," katanya. 

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Shamsudin Mat dan Ketua Polis Daerah Kunak Supt M Radzali Mahmud.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan perintah berkurung, Jalaluddin berkata ia berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

"Setakat ini kita tidak menerima laporan mengenai masalah yang dihadapi oleh masyarakat disebabkan arahan perintah berkurung itu," katanya.

Sabtu lepas, beliau telah mengisytiharkan perintah berkurung mulai 6 petang hingga 6 pagi di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau.

Kawasan perintah berkurung itu bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.


Tags / Kata Kunci: Esszone , Jalaluddin Abdul Rahman

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan