Cadbury Malaysia Minta Panel Syariah Bebas Pantau Proses Coklatnya

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 6:27 PM

Panel Syariah Bebas Datuk Nooh Gadot (duduk, dua, kiri) yang juga Penasihat Bebas Majlis Agama Islam Johor bersama Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Zaharuddin Abd Rahman (duduk, dua, kanan), Pendakwah Bebas Ustaz Mohd Shukri Ali (duduk, kiri) dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma'mor Osman (duduk, kanan) mengadakan perbincangan sambil diperhatikan oleh Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, Raja Zalina Raja Safran (berdiri, kanan) selepas membuat lawatan dan tinjauan berhubung isu coklat Cadbury di Kilang Cadbury Seksyen 16 di Shah Alam pada Rabu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sebuah panel syariah bebas telah dibentuk atas permintaan Cadbury Confectionary Malaysia bagi memantau secara lebih teliti proses penghasilan coklat syarikat itu bagi menghapus keraguan status halalnya. 

Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, pengeluar produk berkenaan, Raja Zalina Raja Safran memberitahu pemberita pada Rabu, usaha memanggil panel syariah itu adalah langkah proaktif untuk meyakinkan kembali umat Islam terutama penggemar coklat Cadbury di negara ini. 

Panel syariah bebas itu terdiri daripada Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Zaharuddin Abd Rahman; pendakwah bebas Mohd Shukri Ali; dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Ma'amor Osman. 

Pada Mei lepas, satu laporan memetik Kementerian Kesihatan mengesan 'porsin' atau DNA khinzir dalam dua jenis coklat syarikat itu. 

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian menyatakan dua sampel produk itu diambil terus dari kilang disahkan tidak mengandungi DNA khinzir oleh Jabatan Kimia. 


Tags / Kata Kunci: Cadbury , Jakim

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan