Najib Bentang Usul Kutuk Insiden MH17

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 10:13 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertafakur sebelum membentangkan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di Parlimen pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Rabu membentangkan usul bagi mengutuk tindakan tidak berperikamanusiaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine 17 Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan usul berkenaan pada persidangan khas Dewan Rakyat berkata, Malaysia menggesa siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas berkenaan.

"Dewan yang mulia ini juga menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17 segera dihadapkan ke muka pengadilan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Selain itu menerusi usul tersebut, Dewan Rakyat merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH17.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 kru.

Pesawat itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga hari ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Najib Razak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan