Johor, Kelantan Putuskan Ahad Tidak Cuti

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 10:57 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Johor dan Kelantan pada Rabu memutuskan tidak mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, perkara berkenaan bagi memberi peluang kepada orang ramai berurusan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri sebelum bercuti untuk sambutan Aidilfitri pada hari berikutnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula berkata, setelah melihat kepada beberapa faktor, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengambil cuti peristiwa pada Ahad ini.

"Ini kerana kalau Ahad ini dijadikan cuti umum, kita khuatiri ia akan menjejaskan pelbagai urusan seperti urusan pejabat," kata Mohd Amar.


Tags / Kata Kunci: Hari Raya Aidilfitri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan