Abdul Khalid Hormati Keputusan PKR Calonkan Dr Wan Azizah Sebagai Penggantinya

Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 8:12 AM

Abdul Khalid Ibrahim

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau menghormati keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencalonkan presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. 

Abdul Khalid berkata beliau berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang menetapkan tatacara yang khusus bagi pelantikan atau penggantian Menteri Besar. 
 
"Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha ini perlu melalui proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan. 

Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Semalam, PKR menamakan Dr Wan Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Abdul Khalid yang memegang jawatan itu sejak 2008. 

Penamaan Dr Wan Azizah itu akan dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat untuk diputuskan. 

Ramai pihak termasuk pemerhati politik sebelum ini telah pun menduga bahawa pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac lepas sememangnya sengaja diadakan dan digunakan sebagai platform untuk menukar Menteri Besar Selangor. 

Rata-rata mereka menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar sebenarnya berpunca daripada krisis dalaman PKR di Selangor.
 
Dalam pada itu, Abdul Khalid memberikan jaminan kepada rakyat dan pelabur Selangor bahawa isu pertukaran Menteri Besar tidak sama sekali menjejaskan sistem pentadbiran di negeri itu.

Tags / Kata Kunci: Abdul Khalid , Wan Azizah Wan Ismail

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan