Zakat Fitrah Pelengkap Puasa

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 12:30 AM

Uniknya, zakat fitrah hanya diwajibkan pada bulan Ramadan.

(Ubah saiz teks)

RAMADAN wajib dilunasi dengan memberikan sedikit harta kekayaan yang dimiliki menerusi pemberian zakat fitrah kepada orang miskin yang hakikatnya sentiasa merasai keperitan.

Menurut pengasas realiti televisyen Imam Muda, Tuan Asmawi Tuan Umar, pemberian zakat fitrah paling afdal dilakukan pada pagi Hari Raya yakni sebelum solat sunat Aidilfitri.

Namun, katanya, amalan zakat fitrah di Malaysia boleh ditunaikan sejak hari pertama Ramadan.

"Ia lebih sesuai dilakukan sepanjang Ramadan kerana kesibukan seseorang mungkin menyebabkan mereka tidak sempat menunaikannya atau terlupa menunaikannya," katanya kepada mStar Online.

Tuan Asmawi berkata, Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa daripada bicara yang tiada manfaatnya dan kata-kata kotor serta memberikan makanan kepada orang-orang miskin.

Zakat fitrah mesti diberi dalam bentuk makanan (beras).
"Apabila berpuasa, maka umat Islam dididik untuk menghayati erti kesusahan, kelaparan dan menginsafi kehidupan. Zakat fitrah seolah-olah menjadi kemuncak kepada menghayati kesusahan dan erti kelaparan itu," katanya.

Jelas beliau, pada zaman dahulu, umat Islam memberikan zakat fitrahnya dalam bentuk makanan asasi kepada golongan fakir miskin, khususnya pada pagi Hari Raya.

"Pada hari ini, seiring dengan peredaran zaman, maka fuqaha mengharuskan ia ditukar kepada bentuk wang tunai demi memudahkan urusan penyimpanan dan pengagihannya," katanya.

Tuan Asmawi berkata, zakat fitrah adalah wajib yang mutlak di dalam Islam dan mengabaikannya adalah haram dan berdosa.

"Orang yang enggan berzakat kerana sengaja dan mengingkari kewajipannya, maka dia boleh jatuh kepada kekufuran," katanya.

Beliau berkata, jika seseorang itu terlupa, maka hendaklah segera menunaikannya walaupun sudah terlepas waktunya dan memohon ampun kepada Allah SWT diatas kelalaiannya.


Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2014 bersamaan 1435 Hijrah seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

Perlis - RM6.50

Kedah - RM7.00

Pulau Pinang - RM7.00

Perak - RM7.00

Selangor - RM7.00

Negeri Sembilan - RM6.50

Melaka - RM6.70

Johor - RM8.00/RM5.00*

Pahang - RM7.00

Terengganu - RM7.60/RM7.00/RM4.50*

Kelantan - RM7.00

Sarawak - RM7.00

Sabah - RM7.00

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan - RM7.00

*Perbezaan kadar zakat fitrah di negeri Johor dan Terengganu adalah berdasarkan harga, gred dan jenis beras yang dimakan.

Tags / Kata Kunci: zakat fitrah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan