MB Selangor: PAS Bakal Umum Pendirian

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS akan mengadakan mesyuarat khas parti itu bagi membincangkan perkembangan terkini komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Menerusi mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat yang akan diadakan malam ini, parti itu akan membuat ketetapan mengenai pendirian mereka berhubung keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu bakal dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PAS perlu mencapai kata sepakat mengenai pendirian parti itu sebelum ketiga-tiga sekutu Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan pada Rabu berhubung nasib Abdul Khalid di Selangor.

Menerusi sidang media Ketua Umum Pakatan Rakyat awal pagi Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa PAS sudah menyatakan persetujuan supaya hasrat 'langkah Kajang' perlu diteruskan dengan pengguguran Abdul Khalid.

Bagaimanapun sebelum ini dilaporkan bahawa PAS Selangor menyatakan pendirian tegas bahawa parti itu tidak pernah bersetuju agar kedudukan Abdul Khalid digantikan dengan Dr Wan Azizah.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan