Anggota Parlimen Perlu Manfaatkan Sidang Tergempar Bahas Isu MH17 Esok

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mahu semua anggota Parlimen memanfaatkan masa yang ada bagi membahaskan usul tergempar esok mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

"Persidangan (tergempar) ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara rakyat mengenai insiden MH17 yang telah mengorbankan hampir 300 nyawa, lagipun masa yang diperuntukkan hanya satu hari sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 5.30 petang," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.

"Persidangan itu juga turut akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula 10 pagi esok," katanya mengulas persediaan Dewan Rakyat dalam membahaskan usul tergempar.

Sementara itu, beliau mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan kabinet bayangan bagi melancarkan sesi perbahasan ketika persidangan.

Katanya, cadangan ini bagi memudahkan PR memilih mana-mana anggota Parlimen yang pakar dalam bidang masing-masing membahaskan sesuatu isu dengan lebih efektif.

"Di kebanyakan negara maju yang mengamalkan demokrasi berparlimen, walaupun satu pihak yang telah kalah dalam pilihan raya umum, namun mereka tetap wujudkan kabinet bayangan untuk membahaskan isu berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.

"Cara ini juga boleh membantu melahirkan idea yang bernas daripada pihak PR ketika sesi perbahasan kerana mereka sudah diaturkan untuk menguruskan sesuatu bidang melalui kabinet bayangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini, Selasa. 


Tags / Kata Kunci: Parlimen , MH17

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan