Berlumba Antara Punca Kemalangan Menjelang Aidilfitri - Liow

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 5:17 PM

Kempen Keselamatan Jalan Raya JKJR sempena Aidilfitri untuk memastikan pengguna selamat tiba ke destinasi masing-masing.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Punca utama kemalangan jalan raya, khususnya semasa musim perayaan ialah kecuaian seperti berlumba, melebihi had dan melanggar lampu isyarat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, walaupun pelbagai usaha dibuat bagi menangani isu itu namun masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mengambil iktibar daripada nahas yang berlaku.

"Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kemalangan semasa Op Selamat 3 pada Aidilfitri tahun lepas ialah seramai 258 berbanding 226 pada 2012 iaitu meningkat 14.2 peratus," katanya dalam ucapan semasa pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya (JKJR) peringkat kebangsaan bertema 'Nyawa Dihargai, Keluarga Menanti, Selamat Ke Destinasi' di sini, Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan timbalannya, Datuk Ab Aziz Kaprawi. Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah JKJR, Datuk Dr Tam Weng Mah.

Liow berkata, sempena Aidilfitri tahun ini, mulai semalam PDRM melancarkan Op Selamat 5 manakala dan JPJ melancarkan Ops Bersepadu, yang masing-masing berakhir pada 4 dan 5 Ogos.

Beliau berkata, kerajaan juga akan melaksana pelbagai program berdasarkan advokasi dan penguatkuasaan seperti kempen dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta syarikat swasta dan badan bukan kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Menteri Pengangkutan , Aidilfitri , PDRM

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan