NGO Bantu Gelandangan Mohon Pengecualian Yuran MyKad

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 10:33 AM

Golongan gelandangan ini memohon pengecualian yuran gantian bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri yang sah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan peguam membantu golongan gelandangan memohon pengecualian untuk menggantikan Mykad yang hilang. 

Sepuluh individu gelandangan dan wakil mereka daripada beberapa persatuan berkumpul di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Pudu Sentral untuk mengemukakan permohonan bagi pengecualian yuran.

Pegawai program Empower, Wong Kar Fai berkata, persatuan itu akan membantu gelandangan yang kehilangan Mykad  kerana ramai yang tidak dapat mengemukakan permohonan mereka secara langsung. 

"Setiap warganegara berhak mendapatkan Mykad, jadi kami mahu membantu mereka mendapat kad pengenalan gantian," katanya. 

Peguam Penasihat Liberty, Latheefa Koya berkata, golongan gelandangan ini berada dalam keadaan yang sangat sukar kerana tidak mempunyai Mykad sendiri dan mereka juga tidak mampu membayar yuran tersebut. 

"Kita meminta yuran sebanyak RM110 untuk menggantikan kad pengenalan, jumlah ini adalah tinggi bagi mereka," katanya. 

Beliau berkata, tanpa dokumen pengenalan diri yang sah,  kebajikan golongan gelandangan ini dinafikan dan mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapat pekerjaan. 

"Mereka juga berhadapan risiko ditahan jika tidak boleh mengeluarkan Mykad ketika diminta pihak berkuasa," katanya. 

Pegurus Peguam Liberty, Eric Paulsen berkata, kerajaan sepatutnya memberi pengecualian yuran gantian kepada golongan gelandangan. 

Seorang individu gelandangan yang mendapat pengecualian yuran segera pergi ke pejabat JPN kerana dia telah kehilangan MyKadnya dalam satu rompakan. 

"Saya diserang oleh beberapa lelaki dengan kayu," kata lelaki berusia 28 tahun sambil menunjukkan kesan dia diserang. 

Individu, yang enggan mendedahkan namanya itu berkata, MyKadnya hilang sebanyak empat kali sebelum ini. 

Seorang penduduk Sabah yang dikenali sebagai Jackson, melahirkan rasa gembiranya kerana mendapat peluang untuk menerima MyKad yang baru. 

"Agak sukar untuk mendapat pekerjaan tanpa MyKad," kata pekerja sambilan. 

Selain Empower, antara persatuan yang turut serta dalam kumpulan NGO berkenaan ialah, 'soup kitchen', Suaram dan KL Urban Fellowship. 


Tags / Kata Kunci: gelandangan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan