MH17: Abang Mangsa Bersyukur Mayat Berjaya Dikeluarkan Dari Lokasi Nahas

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:02 PM

Md Ali antara mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 di timur Ukraine.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keluarga seorang daripada mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH17 di Ukraine, bersyukur dengan perkembangan terbaharu usaha kerajaan untuk bawa pulang jenazah ke tanah air.

Mohd Zaki Md Salim, 38, berkata, berita 282 mayat dibawa dengan kereta api dari Torez ke Kharkivi sebelum diterbangkan ke Amsterdam, memberi harapan untuk membawa pulang jenazah adiknya Mohd Ali, 30, untuk dikebumikan di kampungnya di Pagoh, Johor.

"Saya bersyukur dan terharu dengan kesungguhan kerajaan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai cara untuk membawa pulang jenazah secepat mungkin ke tanah air.

"Majlis pengebumian jenazah adik saya itu akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Islam Kampung Jayor, Pagoh," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Mohd Ali merupakan calon pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang sedang mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Development Neuropsychopathology di Erasmus University Rotterdam di Belanda.

Mohd Zaki berkata, MAS turut menawarkan kepada lima anggota keluarganya untuk ke Kiev dalam masa terdekat ini bagi mengikuti perkembangan siasatan secara langsung di sana.

"Difahamkan pada hari ini (Selasa), ada wakil daripada MAS akan ke sini (Hotel Marriot) untuk mengambil sampel DNA anggota keluarga mangsa," katanya.

Awal pagi Selasa, Najib dalam sidang akhbar di Seri Perdana, Putrajaya berkata beliau telah bercakap dengan Alexander Borodai, yang menguasai wilayah tempat tragedi itu berlaku dan telah mencapai persetujuan tentang beberapa perkara.

Pertama, 282 mayat, yang ketika ini berada di Torez akan dipindahkan dengan kereta api ke Kharkiv sebelum diterbangkan ke Amsterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda. Setelah selesai semua kerja forensik, mayat warganegara Malaysia akan dibawa pulang ke Malaysia.

Kedua, pada kira-kira 9 Isnin malam (waktu Ukraine), dua kotak hitam diserahkan kepada pasukan Malaysia di Donetsk, yang akan menyimpan kotak berkenaan.

Ketiga, penyiasat bebas antarabangsa akan diberi jaminan keselamatan masuk ke lokasi nahas untuk memulakan siasatan penuh tentang tragedi itu.

Pesawat Boeing 777 MAS membawa 298 penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas pada Khamis di Donetsk, timur Ukraine.

Dipercayai pesawat itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.


Tags / Kata Kunci: MAS , Mohd Zaki Md Salim , Pagoh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan