Baju Raya Corak Batik Lukis Masih Diminati

Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 12:30 AM

Junaidi (kiri) dan isterinya menunjukkan koleksi baju kurung batik lukis tangan yang terdapat dibutik mereka.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Walaupun trend baju kurung berenda semakin digemari, baju kurung  batik lukis tangan dan jubah masih mendapat permintaan tinggi bagi mereka yang menyambut Hari Raya di sini.

Corak batik Malaysia masih lagi dicari pelanggan termasuk kaum Cina dan India.

"Adalah lebih praktikal membeli baju kurung bercorak batik kerana ia boleh dipakai ke pejabat selepas sambutan Hari Raya," kata Johana Jamlus yang mengendalikan butik Koleksi Jun di sini bersama suaminya, Junaidi Nurdin.

Butik tersebut menyediakan baju kurung batik lukis tangan, jubah, baju batik lelaki dan samping songket tenun tangan di Danga City Mall di sini.

Koleksi pakaian tersebut yang diperbuat menggunakan kain chiffon crepe, jacquard dan sutera kapas berharga antara RM299 dan RM700.

"Terdapat perbezaan dalam corak batik dari Kelantan, Terengganu dan Kuala Lumpur, " kata Junaidi.

Menurutnya, pengeluar batik dari kedua-dua negeri pantai timur itu masih menggemari motif bunga manakala pereka dari Kuala Lumpur lebih menekankan corak abstrak dan geometri.

Selain menjual baju kurung dan jubah, Junaidi berkata, pakaian yang mendapat sambutan hangat di butik itu adalah baju potongan rama-rama - blaus dan skirt panjang yang popular di kalangan golongan muda.

Katanya,  pakaian versatile itu boleh digayakan untuk ke pejabat, menghadiri majlis rasmi atau majlis ala dalam taman.
Tags / Kata Kunci: baju kurung batik , Dangga City Mall

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan