Malaysia Desak Akses Penuh Ke Lokasi Nahas MH17 - Liow

Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 6:54 AM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KIEV: Malaysia mendesak supaya akses tanpa had diberikan serta-merta ke lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 serta jaminan keselamatan bagi pegawainya dan pasukan siasatan bersama antarabangsa.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia juga menuntut bahawa pencarian semua jasad mangsa mesti dibenarkan, dikenal pasti dan dihantar pulang.

Beliau berkata, Kuala Lumpur amat bimbang dengan situasi pasukan antarabangsa yang dihalang secara efektif oleh kumpulan pemberontak daripada memasuki lokasi kemalangan di Donetsk, wilayah timur Ukraine.

"Ia adalah penting bahawa kumpulan penyiasat antarabangsa serta anggota bencana diberikan akses penuh tanpa halangan ke lokasi nahas," kata Liow yang tiba di sini, Ahad.

Beliau berkata, Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) merupakan satu-satunya badan antarabangsa yang setakat ini diberi akses untuk masuk ke lokasi pesawat untuk tempoh masa yang terlalu pendek.

Liow mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman, yang juga merupakan pengerusi Suruhanjaya Khas Kerajaan Ukraine Mengenai MH17.

Beliau turut menemui Menteri Infrastruktur, Maksym Burbak dan Pengerusi Pentadbiran Penerbangan Awam, Denys Antonyuk.

"Kerajaan Ukraine telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat mewujudkan satu laluan selamat ke tapak kemalangan serta jaminan di dalam mahupun sekitar kawasan itu untuk pasukan antarabangsa," katanya.

Liow berkata, pasukan penyiasat antarabangsa terdiri daripada pegawai-pegawai dari Netherlands, Malaysia, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain (AAIB) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat. 

Pasukan Siasatan Khas Malaysia, yang terdiri daripada 133 pegawai dan anggota bencana, pakar forensik, teknikal dan pakar perubatan, telah tiba di sini, Sabtu.

Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.

Liow berkata, kerajaan Ukraine memaklumkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa bahawa lokasi nahas adalah kawasan yang di bawah kawalan penuh kumpulan pemberontak.

Mengenai laporan kumpulan pemberontak telah mendapat kotak hitam pesawat MH17, Liow berkata Malaysia mendesak supaya bukti penting ini tidak diusik dan diserahkan kepada pasukan penyiasat antarabangsa.

"Walaupun dilaporkan komen oleh pemimpin pemberontak bahawa lokasi nahas tidak diusik dan bahan bukti tidak dicemari oleh mereka namun Malaysia amat bimbang di sebalik kenyataan itu," katanya.

Beliau berkata, Malaysia amat bimbang dengan keadaan huru-hara yang jelas di lokasi nahas berikutan laporan kehadiran kumpulan pemberontak yang bersaing sesama mereka tanpa pemimpin yang jelas atau rantaian perintah.

Liow tiba di sini dengan diringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof.

Menteri Pengangkutan itu juga dijadual bertemu Duta Netherlands di Ukraine, Kees Klompenhouwer.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MH17 , MAS , Penerbangan Malaysia

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan