MAS Tukar Kod Penerbangan MH17 Kepada MH19

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 6:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) akan menukar kod penerbangan Amsterdam (AMS) - Kuala Lumpur (KUL), MH17 kepada MH19 berkuatkuasa 25 Julai ini.

MAS berkata, ia bagi menghormati penumpang dan anak kapal yang terkorban dalam nahas berkenaan. 

"Bagaimanapun, tiada perubahan kepada kekerapan penerbangan dan kami akan terus mengendalikan perkhidmatan harian antara Amsterdam dan Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

MH17 hilang daripada skrin radar di timur Ukraine pada pukul 1415 GMT pada Khamis, selepas dua jam berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. 

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777 itu dipercayai ditembak kira-kira 50 kilometer di sempadan Ukraine-Rusia. 

Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia dipercayai terkorban dalam nahas tersebut.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan