Tindakan Sebabkan MH17 Terhempas Perbuatan Jenayah

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 7:47 AM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan, yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada Khamis, sebagai perbuatan jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Justeru itu, katanya masyarakat antarabangsa perlu memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal, dibawa ke muka pengadilan.

"Ia (insiden MH17) merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan, mengorbankan orang awam yang tidak berdosa, " katanya ketika berucap pada majlis khatam Al-Quran dan penyampaian sumbangan di Masjid Kampung Paya Panjang, Pagoh Sabtu.

Beliau berkata Malaysia serta keluarga penumpang dan anak kapal pesawat itu menuntut keadilan dengan meminta siasatan terperinci dilakukan untuk menentukan punca kejadian dan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan tragedi itu.

Pada majlis sama, Muhyiddin dan hadirin turut mangadakan Tahlil dan bacaan surah Yassin bagi seorang daripada penumpang MH17, Mohd Ali Salim, yang berasal dari Kampung Jayor di sini.

Mohd Ali, 30, pelajar kedoktoran di Erasmus Universitiet, Rotterdam, Belanda, kembali ke Malaysia kerana mahu menyambut Aidilfitri di kampungnya.

Allahyarham adalah antara 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, berhampiran dengan sempadan Rusia, pada Khamis lepas.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands) Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. 

Muhyiddin berkatabeliau diberitahu bahawa Mohd Ali turut menghadiri majlis perjumpaannya dengan pelajar Malaysia di Belanda ketika beliau menghadiri persidangan alam sekitar di negara itu baru-baru ini.

"Ketika bertemu dengan keluarga Allahyarham Mohd Ali di sebuah hotel di Putrajaya semalam, bapanya Salim menunjukkan gambar perjumpaan itu," katanya.

Menurutnya keluarga allahyarham juga meminta kerajaan supaya berusaha membawa pulang jenazah Mohd Ali.
 
Muhyiddin berkata satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian oleh dunia ialah serangan tidak berperikemanusiaan Israel terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

Serangan rejim Yahudi terhadap penduduk Semenanjung Gaza, yang didiami lebih 1 juta warga Palestin, telah menyebabkan kemusnahan besar dan mengorbankan nyawa kanak-kanak, wanita dan warga emas, katanya.

"Masyarakat dunia perlu bertindak dengan segera untuk menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap penduduk Palestin," kata beliau.

Muhyiddin kemudian menyampaikan sumbangan kepada 114 anak yatim dan 114 fakir miskin dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jorak.

Beliau turut menerima sumbangan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin sebanyak RM30,000 daripada Kumpulan Sapura yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasinya Zarif Hashim.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Kiev

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan