MH17: Singapore Airlines Mohon Maaf 'Posting' Di Media Sosial

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 9:35 AM

Status yang dimuat naik oleh Singapore Airlines.

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap 'sensitif' berkaitan pesawat penerbangan MH17 yang terhempas, Singapore Airlines Ltd (SIA) pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu.

Beberapa jam selepas pesawat Malaysia Airlines ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis yang membunuh seramai 298 orang, SIA membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai yang mengecam SIA kerana tidak mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan dianggap oleh sesetengah orang sebagai sebagai mencari publisiti dan mengambil kesempatan semasa krisis yang melibatkan syarikat penerbangan utama negara jirannya.

"Lebih baik meletakkan status yang lebih sensitif dan bertimbang rasa, diplomatik sebelum anda kehilangan pelanggan," kata Edwin Lim yang menulis 'post' pada laman Facebook SIA.

"Sangat, sangat tidak sesuai dan status yang mengecewakan."

SIA, jenama yang paling terkenal di Singapura, kemudian turut menjelaskan bahawa penerbangannya telah menukar semula laluannya ke laluan alternatif yang jauh dari ruang udara Ukraine selepas MH17 ditembak.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, seorang jurucakap dari SIA berkata, "Kami menyedari bahawa kemas kini pada Facebook dan Twitter kami pada pagi Jumaat mungkin telah dilihat sebagai tidak sensitif bagi sesetengah orang."

Kenyataan itu bagaimanapun berkata SIA telah menerima banyak permintaan daripada pelanggan yang mahukan maklumat mengenai laluan penerbangan mereka yang akan datang.

"Kami mengakui bahawa maklumat tersebut mungkin dapat disampaikan dengan lebih baik dan kami memohon maaf jika ia menyinggung pelanggan dan sesiapa sahaja dalam komuniti dalam talian."

Menurut Flightradar24, perkhidmatan pengesanan penerbangan dalam talian, 66 syarikat penerbangan lain terbang beratus-ratus kali di kawasan di mana MH17 telah ditembak jatuh, pada minggu lepas.
Tags / Kata Kunci: SIA , status Facebook

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan