Tiada Tangkapan Hari Pertama Perintah Berkurung di Esszone - Komander Esscom

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 4:52 PM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) semalam berjalan lancar tanpa dicemari sebarang insiden tidak diingini. 

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata tiada tangkapan dibuat pada hari pertama perintah berkurung itu yang bermula 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi. 

"Setakat ini keadaan terkawal. Semua pihak terutama nelayan telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan kita harap keadaan ini berterusan sehinggalah perintah berkurung ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Abdul Rashid mengingatkan orang ramai khususnya penduduk pesisir pantai dan nelayan di daerah terbabit supaya sentiasa mematuhi arahan perintah berkurung itu bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini. 

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa petang semalam hingga 2 Ogos ini. 

Jalaluddin berkata kawasan perintah berkurung bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi. 
 
"Memandangkan keselamatan di perairan di beberapa daerah di Sabah dalam keadaan terancam dan menimbulkan kegusaran kepada orang ramai serta mengganggu kehidupan ekonomi masyarakat setempat berikutan berlakunya pencerobohan pengganas Sulu, maka pihak polis memutuskan untuk menguatkuasakan perintah berkurung di kawasan terlibat," katanya.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan perintah berkurung boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara tidak melebihi enam bulan. 

Jalaluddin berkata apabila terdapat suspek yang disyaki telah melakukan penculikan ataupun pembunuhan di kawasan perintah berkurung, maka anggota keselamatan boleh melepaskan tembakan ke sasaran berkenaan.
Tags / Kata Kunci: perintah berkurung , Esszone , Esscom

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan