Pasukan Penyiasat Malaysia Belum Dapat Laksana Tugas

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 7:30 AM

Khairil Hilmi (kiri) bersama Duta Malaysia ke Ukraine Chuah Teong Ban (kanan) setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Borispol, Kiev.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Penyiasat Malaysia yang ditugaskan menyiasat kemalangan tragis pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah tiba di Kiev, Ukraine awal hari Sabtu.

Bagaimanapun, pasukan itu tidak dapat melaksanakan tugas berikutan lokasi kemalangan tidak selamat untuk dimasuki.

Ketuanya, Khairil Hilmi Mokhtar berkata belum ada laluan selamat untuk pasukan berkenaan melawat lokasi kemalangan di Grabovo, kira-kira 750 kilometer dari Kiev dan Kerajaan Ukraine sedang memudahkan urusan buat pasukan berkenaan.

"Kami akan sentiasa mematuhi keperluan Kerajaan Ukraine kerana mereka juga berusaha memastikan keselamatan kita dalam melaksanakan misi ini," kata Khairil Hilmi kepada wartawan Malaysia di Kiev, Ahad.

Pasukan itu terdiri daripada 131 anggota, termasuk 24 anggota Pasukan Penyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai forensik polis.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung di RTM1, berkata kerajaan Malaysia menuntut pihak-pihak yang berkaitan untuk menjamin dan memastikan keselamatan pasukan siasatan sepanjang tempoh operasi dijalankan.

Najib juga menggesa pihak yang berkenaan untuk tidak mengganggu atau menjejaskan bukti di tempat kejadian bagi membolehkan siasatan telus dan berkesan dan jika siasatan membuktikan bahawa pesawat MH17 sememangnya ditembak jatuh, Malaysia menuntut mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

"Saya menyampaikan ketiga-tiga tuntutan hari ini kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-Moon. Saya juga telah meminta Presiden Rusia, Vladimir Putin untuk memberikan kerjasama penuh bagi membantu mencapai matlamat ini," kata Najib.

Meskipun pesawat MH17 dipercayai telah ditembak jatuh, Najib berkata kerajaan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak sehingga bukti disahkan.

Pesawat MH17 yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal adalah dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine.

Pihak berkuasa Ukraine percaya bahawa Boeing 777 telah ditembak jatuh.

Penerbangan MH17 telah berlepas dari Amsterdam pada 12.15 (waktu Belanda) pada Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi (waktu Malaysia), Jumaat.

Di Putrajaya hari ini, Najib berkata Malaysia, sebagai pemilik kapal terbang MAS MH17 yang terhempas di Ukraine akan memastikan bahawa kota hitam pesawat berkenaan tidak dikuasai pihak yang tidak relevan dengan insiden itu.

Mengikut peraturan antarabangsa, pemilik pesawat berhak ke atas kotak hitam itu, katanya.

"Kotak hitam itu mesti ikut pada undang-undang antarabangsa dan mereka yang tidak berhak, tidak boleh menguasai dan mengambil alih kotak hitam itu," kata Najib.
 
Media asing melaporkan bahawa kotak hitam pesawat MH17 telah ditemui dan dibawa keluar dari lokasi kemalangan, tetapi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong menolak kenyataan itu dan berkata laporan itu adalah berita yang belum disahkan dan masih perlu disahkan.

Liow terbang ke Kiev, Ukraine, malam Sabtu bagi melicinkan pasukan penyiasat Khas Malaysia untuk mendapatkan akses kepada lokasi kemalangan pesawat MH17.

Tags / Kata Kunci: Khairil Hilmi Mokhtar , Kiev

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan