Liow, Delegasi Malaysia Tiba di Kiev

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 8:21 PM

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (tiga, kanan) bersiap sedia untuk bertolak ke Keif, Ukraine dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam Sabtu bagi membantu operasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di sempadan Ukraine dan Russia.Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman (depan, kiri).(gambar fail)

(Ubah saiz teks)

KIEV (Ukraine): Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan delegasi enam anggotanya tiba di sini Ahad untuk membantu pasukan Malaysia dalam satu operasi khas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada Khamis.

Delegasi itu yang turut dianggotai Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman, Pengerusi MAS Tan Sri Md Nor Yusof dan para penyiasat tiba di Lapangan Antarabangsa Kiev pada 1.15 petang (waktu Kiev).

Lawatan Liow ke Ukraine bertujuan mendapatkan kebenaran memasuki tapak nahas berikutan dakwaan kerajaan Ukraine bahawa pengganas disokong Rusia menghalang usaha menjalankan siasatan terhadap nahas udara itu, yang turut menjejaskan usaha pasukan penyiasatan khas Malaysia.

Ketua pasukan penyiasatan khas itu, Khairil Hilmi Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya, Duta Malaysia di Ukraine Chuah Teong Ban dan beberapa pegawai lain adalah antara yang menyambut ketibaan Liow di lapangan terbang itu.

Liow dijadualkan bertemu menteri pengangkutan dan menteri hal ehwal luar Ukraine bagi membincangkan perkara itu.
 
Beliau dan pasukan penyiasatan juga akan mengadakan pertemuan dengan Biro Kemalangan Negara Ukraine, yang telah menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat nahas itu.

Semalam, Khairil Hilmi berkata pasukan penyiasatan khas Malaysia belum diberi laluan untuk mengunjungi tapak nahas itu di Grabovo, kira-kira 750 km dari Kiev.

MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di

Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada malam Khamis.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu.

Media asing melaporkan pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada siapa yang tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan