Dadah: Ibu Bapa Dipenjara, Empat Beradik Hilang Tempat Bergantung

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 12:41 PM

(Ubah saiz teks)

GURUN: Empat beradik di Kampung Gajah Putih, Jeneri dekat sini pilu mengenangkan nasib mereka pada Aidilfitri ini dan hari-hari mendatang setelah ibu bapa mereka dipenjarakan kerana terlibat dengan dadah.

Bapa mereka yang berusia 39 tahun dipenjarakan sejak September tahun lepas kerana terlibat dalam kes dadah dan kes pukul manakala ibu mereka, juga berusia 39 tahun, dipenjarakan sejak Januari lalu kerana kes dadah.

Kini empat kanak-kanak tersebut berusia 10 hingga 16 tahun terpaksa menguruskan kehidupan mereka sendiri setelah hilang tempat bergantung. Kesempitan hidup menyebabkan dua daripada mereka yang berusia 14 dan 16 tahun tidak dapat meneruskan persekolahan bagi memberi peluang kepada dua adik mereka untuk meneruskan pelajaran.

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata sejak kedua-dua ibu bapa mereka dimasukkan ke penjara, dia terpaksa menguruskan adik-adiknya.

Gadis itu berkata dia dan adik-adiknya kini hanya bergantung kepada wang zakat RM400 sebulan yang sebelum ini di bawah nama ibu mereka untuk meneruskan kehidupan mereka.

"Kalau ikutkan raya macam ni dah biasa. Mak dan ayah pun dah dua kali masuk penjara. Walaupun susah saya tak nak berpisah dengan adik-beradik. Kami tetap nak bersama. Saudara mara lain jauh, dan ramai juga susah. Hanya harap seorang datuk saudara yang jenguk kami. Rasa sedih ada tetapi takde rasa apa sebab dah biasa," katanya.

Katanya sebelum ini, dia dan adik perempuannya berusia 14 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri tetapi diberhentikan tahun lepas dengan alasan kerap ponteng sekolah.

"Macam mana kami nak pergi sekolah kalau kami tak mampu sebab takde pengangkutan. Sekarang ni dua adik saya (berusia 10 dan 12 tahun) masih dapat bersekolah sebab sekolah dekat dengan rumah," katanya.

Adik lelakinya yang berumur 12 tahun dan adik perempuan berumur 10 tahun itu bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Chicak, Jeneri.

"Sekarang ini, kalau ada orang nak tolong saya untuk sekolah semula pun saya tak minat. Tetapi saya berharap sangat, kalau orang nak tolong, mintak tolong adik-adik saya supaya mereka dapat bersekolah dengan baik," katanya.

Sementara itu, adik perempuannya yang berumur 14 tahun itu berkata dia masih berminat untuk ke sekolah.

"Kalau ada orang nak tolong, saya nak pergi sekolah. Sekarang ni saya duduk rumah je, uruskan adik-adik," katanya.

Keperitan hidup empat beradik itu mendapat perhatian Umno Bahagian Sik dengan ketuanya Datuk Mohd Tajudin Abdullah berkata empat beradik itu akan dijadikan anak angkat Umno Bahagian.

Katanya pihaknya akan berusaha untuk empat beradik itu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai tambahan kepada bantuan zakat.

"Saya juga akan pastikan mereka dapat ke sekolah dan mendapat segala bantuan persekolahan supaya mereka dapat belajar dengan baik," kata Mohd Tajudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah.


Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan