Dr Subramaniam Kecam Pihak Berkuasa Rusia, Ukraine Tidak Sokong Pasukan SMART

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 1:33 PM

S Subramaniam

Datuk Seri S. Subramaniam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam mengecam pihak berkuasa Rusia dan Ukraine kerana tidak memberikan sokongan yang cukup terhadap pasukan SMART.

"Saya marah kerana pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan yang diperlukan dan akses kepada lokasi kemalangan untuk membantu dalam operasi pemulihan," katanya dalam satu kenyataan tegas yang dihantar ke laman Facebook beliau, Ahad.

"Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia berhutang kepada kita untuk memberi sokongan terhadap penyertaan pasukan penyelamat," kata Subramaniam. 

Beliau mengutuk sebarang gangguan oleh pemberontak pro-Rusia yang menafikan kemasukan ke lokasi kemalangan.

"Sebagai sebuah negara kita akan menunjukkan tekad kita untuk sampai di sana dan mendapatkan keadilan bagi masyarakat global yang menjadi mangsa perbuatan jenayah pencerobohan ini," katanya.
Tags / Kata Kunci: MH17 , SMART

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan