Gambar Wanita Pakai Baju Bertulis Ayat al-Quran Jadi Viral

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 7:15 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gambar seorang wanita memakai pakaian tertera ayat suci al-Quran yang tersebar di media sosial sejak petang Sabtu mencetuskan kemarahan netizen atau pengguna Internet.

Kelibat wanita tidak bertudung yang mengenakan pakaian jenis 'kaftan' itu dipercayai dirakamkan di sebuah pasaraya di Ampang, Selangor.

Antara perkataan yang jelas kelihatan tertera pada pakaian wanita itu ialah kalimah 'Allah' yang sebelum ini turut mencetuskan kontroversi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian di negara ini.

Turut tersebar ialah sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki berjubah putih - dipercayai sedang menegur tindakan tidak sensitif wanita berkenaan yang mengenakan fabrik tertera ayat al-Quran sebagai pakaiannya.

Tindakan wanita berkenaan yang dilabel sebagai biadap kerana tidak sensitif oleh netizen turut mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Menerusi laman Twitter miliknya, Khalid mengesahkan bawaha PDRM sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

"@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu di India. Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah," demikian tulis Khalid menerusi postingnya pada tengah malam Sabtu.

Twit penjelasan Khalid itu sekaligus meredakan kemarahan orang ramai yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan berlakunya ketegangan antara agama.
Tags / Kata Kunci: baju al-Quran

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan