MH17: Ahli Keluarga Hasrat Bawa Pulang Mayat Dalam Apa Jua Keadaan

Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 2:50 PM

Ahli keluarga dan waris penumpang MH17 duduk di dalam bilik taklimat di Hotel Marriot Putrajaya.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas mahu supaya mayat mangsa dibawa pulang dalam apa jua keadaan. 

Hasrat itu diluahkan keluarga Noor Rahimah Md Noor, Puan Seri Siti Amirah Prawira Kusuma serta Ariza Ghazalee semasa pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Hotel Marriot Putrajaya di sini Ahad. 

Rohani berkata mereka mahu supaya mayat dari nahas tersebut dapat disemadikan dengan sempurna mengikut ritual serta agama masing-masing. 

"Saya jumpa tiga famili, hasrat mereka satu sahaja untuk bawa balik mayat dalam apa jua keadaan supaya dapat disempurnakan mengikut ritual masing-masing," katanya dalam sidang media selepas kira-kira sejam pertemuan itu. 

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

Sementara itu Rohani berkata, selepas tiga hari insiden tersebut berlaku emosi anggota keluarga kini dikategorikan dalam fasa 'semakin terganggu' (breakdown) berbanding sebelum ini, namun mereka mendapat sokongan moral dari saudara mara. 

Justeru itu pihaknya telah menyediakan 24 orang pegawai psikologi yang bertugas dalam empat syif dan setiap syif lima pegawai akan bertugas sejak dua hari lepas di bilik gerakan di hotel tersebut. 

"Ada di antara mereka yang telah mula mendapatkan khidmat kaunseling. Kita memberikan kaunseling di mana sahaja mereka selesa," katanya. 

Sebanyak 10 keluarga dari 24 penumpang pesawat malang tersebut ditempatkan di hotel ini sejak Jumaat lepas bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden itu. 

Sementara itu, Syuhada Daud, 29, anggota keluarga Ariza, seorang daripada mangsa nahas berkenaan, berkata selepas empat hari berlalu, keutamaan perlu diberikan kepada usaha membawa pulang mayat mangsa bagi membolehkan ahli keluarga menyempurnakan pengkebumian jenazah mereka. 

"Kami memahami kerajaan sedang berusaha sedaya upaya tetapi kalau boleh mayat dibawa pulang secepat mungkin. Itu yang keluarganya di Kuching mahu," katanya. 

Beliau juga bersimpati dengan ibu Ariza, Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, di Kuching, Sarawak yang semakin kurang sihat selepas mendapat berita tragedi itu beberapa hari lalu. 

Ariza, 46; dan suaminya Tambi Jiee, 49; bersama keempat-empat anak mereka Muhammad Afif, 19; Muhammad Afzal, 19; Marsha Azmeena, 15; dan Muhammad Afruz, 13; antara 43 penumpang serta anak kapal warga Malaysia yang berada di dalam pesawat malang itu.
Tags / Kata Kunci: MH17 , waris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan