Ukraine Adakan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Siasatan MH17

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 7:23 AM

Seorang anggota penyelamat sedang mencari mayat penumpang MH17 di kawasan nahas.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine telah mengadakan mesyuarat pertama jawatankuasa siasatan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di bahagian timur negara itu, Khamis.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Konsular, Kementerian Luar Ukraine, Andril Sybiga berkata semasa mesyuarat itu, tindakan telah dirangka untuk menyelaras kerja-kerja pelbagai agensi kerajaan terbabit dalam siasatan tersebut.

Kerajaan Ukraine memilih Kharkiv, bandar raya kedua terbesar di bahagian timur laut negara itu, sebagai pangkalan untuk jawatankuasa tersebut.

"Siasatan ini akan merangkumi dimensi antarabangsa berikutan mangsa pesawat terdiri daripada rakyat asing," kata Sybiga dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Ukraine di sini Jumaat.

Kenyataan itu menyebut setakat ini sebanyak 181 mayat telah ditemui.

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk di timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia.

Pesawat, yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan Khamis dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pakar-pakar Ukraine daripada Kementerian Kecemasan sedang bekerjasama dengan pakar-pakar antarabangsa di lokasi kejadian selepas dibenarkan masuk ke kawasan itu hari ini oleh kumpulan pemisah yang menguasai wilayah itu.

Adalah dirancangkan supaya mayat-mayat mangsa dibawa ke bandaraya Kharkiv di mana kemudahan untuk mengenal pasti identiti mangsa akan ditubuhkan, menurut kenyataan itu.

Ia menyebut bantuan akan dihulurkan kepada keluarga mangsa bagi mendapatkan visa untuk memasuki wilayah Ukraine selain kemudahan khas untuk keluarga dan waris mangsa disediakan di Lapangan Terbang Boryspil, iaitu lapangan terbang utama Kiev.

Sukarelawan juga akan disediakan untuk memberi sokongan psikologi kepada keluarga dan waris mangsa, menurut kenyataan itu.

Kerajaan Ukraine juga sudah menubuhkan bilik operasi utama dengan nombor telefon: +38044 279 62 06, 238 16 57, faksimile: +380 44 serta E-mel beralamat cons_vor2 +603 21669552, +6016 2614707, faksimile: +603 21664371; E-mel: emb_my +31 (70) 3626095; faksimile: +31 (70) 3615565.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Ukraine

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan