MH17: Sidang Khas Dewan Rakyat 23 Julai

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 6:55 AM

Pandikar Amin Mulia.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Dewan Rakyat akan mengadakan persidangan khas pada 23 Julai ini bagi membahaskan usul mengenai insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Ukraine.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau menerima surat pemakluman memanggil sidang khas berkenaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Perkara ini selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat telah mengeluarkan surat pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua Ahli Dewan mulai hari ini (Jumaat) juga," katanya menerusi kenyataan media pada tengah malam Jumaat di sini.

Sebelum itu menerusi perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di RTM1, Najib turut mengumumkan perkara berkenaan bagi menyatakan pendirian tegas rakyat Malaysia terhadap tragedi malang itu.

Katanya, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab itu.

MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu tempatan) Khamis dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.

Pesawat terhempas di ladang jagung di kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah, menyaksikan serpihan dan mayat bertaburan di sekitar beberapa kilometer.

Tags / Kata Kunci: MH17 , sidang tergempar , Pandikar Amin Mulia

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan