MH17: MAS Dedah Senarai Nama Penumpang

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 11:38 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) merayu ahli keluarga dan rakan mangsa yang berada dalam pesawat MH17 agar segera menghubungi syarikat penerbangaan berkenaan. 

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada pukul 7.30 malam Sabtu, butirannya adalah seperti berikut: 

Dalam tempoh 45 jam yang lalu, syarikat penerbangan ini bersama-sama dengan pelbagai pihak kedutaan asing telah melaksanakan pelbagai usaha untuk membolehkan waris keluarga mangsa yang terlibat menghubungi mereka. 

Bagaimanapun, terdapat juga identiti penumpang yang masih belum dapat mengenaplasti oleh waris keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas berkenaan. 


Waris dan rakan mangsa yang terlibat diminta menghubungi Talian Bantuan Keluarga 'Malaysia Airlines' di talian  +603 7884 1234 (di Malaysia).

Nombor talian lain yang turut boleh dihubungi mengikut negara masing-masing ialah: 

Netherlands (pejabat Malaysia Airlines di Amsterdam ): +31 20 521 6252

Australia (pejab Malaysia Airlines di Sydney): +61 2 9364 3534

Indonesia (pejabat Malaysia Airlines di Jakarta): +62 2 1522 9705

New Zealand (pejabat Malaysia Airlines di Auckland: +64 9 306 3930

United Kingdom (pejabat Malaysia Airlines London ): +44 20 7341 2060

Germany (pejabat Malaysia Airlines di Frankfurt ): +49 69 1387 1980

Philippines (Malaysia Airlines di Manila): +63 2 889 1863

Setakat pukul 5 petang pada 19 Julai 2014 jadual di bawah menunjukkan senarai jumlah terkini penumpang yang dapat dikenalpasti mengikut kewarganegaraan masing-masing. 




Sementara itu, Malaysia Airlines turut menghantar sebuah lagi pesawat yang membawa 212 pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan dan agensi media ke Kiev dan Amsterdam dalam satu misi khas bagi MH17. 

Seramai 85 orang 'Go Team' Malaysia Airlines turut dihantar termasuk limah ahli yang akan menyertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dalam misi mencari dan menyelamat di tapak nahas di daerah Donestk. 

80 orang termasuk pasukan pengurusan akan ditempatkan di Amsterdam untuk menenangkan keluarga penumpang yang terlibat. 

MH5002 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul9.30 malam dan tiba di Kiev pada pukul 2.58 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai 2014 dan akan transit selama dua jam. 

Pesawat akan meneruskan penerbangan ke Amsterdam pada pukul 4.50 pagi (waktu tempatan) pada 20 Julai dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Schipol Amsterdam pada hari yang sama. 

Antara mereka yang turut serta dalam misi khas ini ialah, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, SMART, Polis Diraja Malaysia, Pasukan Petugas Udara Khas Malaysia, Pasukan Tentera, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kimia Jabatan Agama Islam Malaysia, pasukan Pengesanan Mangsa dan Bencana serta agensi media yang terlibat. 

Akhirnya, MAS memohon kerjasama daripada pihak media agar menghormati privasi keluarga mangsa yang terlibat. 

Adalah menjadi keutamaan MAS untuk menyediakan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan kabin krew yang terlibat dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai insiden tersebut dengan harapan maklumat tersebut tidak didedahkan kepada orang awam. 







Tags / Kata Kunci: Mh17 , MAS

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan